Muhammad Idril Mukreez Bin Mohd Azizee A152039
  • Refleksi Saya
  • Tugasan
  • Biodata Diri

Minggu ke 13

12/26/2014

0 Comments

 
Video mengenai tajuk yang diberi


Assalamualaikum Dr Siti Fatimah yang saya hormati. Alhamdulillah pada minggu yang ke 13 ini saya dan rakan saya telah menyiapkan video yang berkenaan dengan tajuk yang diberi oleh Dr Siti pada awal semester. Video itu muat naik ke dalam youtube  kemudian saya memuat naiknya kedalam weebly. Harap Dr Siti menyukainya dan juga dapat memberi manfaat kepada rakan-rakan lain.


Sekian, Terima kasih
0 Comments
 

minggu ke 9

12/15/2014

0 Comments

 
Analisis soalan survey




Assalamualaikum Dr Siti Fatimah.




Alhamdulillah pada minggu yang ke 9 ini saya dan rakan-rakan sepatutnya melakukan analisis berkenaan soal selidik yang telah kami lakukan pada minggu lepas. Akan tetapi kami mendapat respon yang agak lewat daripada rakan-rakan yang lain, kami tidak melakukan analisis tersebut. 




Tetapi minggu ini tidak berlalu dengan begitu sahaja. Alhamdulillah Dr Siti Fatimah menerangkan kepada kami tentang permarkahan yang perlu dapat untuk lulus dalam pepriksaan akhir nanti. InsyaAllah kami semua akan lulus subject komputer dalam pendidikan ini dengan cemerlang. 




Sekian, Terima Kasih
0 Comments
 

minggu ke 8

12/15/2014

0 Comments

 
Soalan Survey


Asalamualaikum Dr Siti Fatimah.


Alhamdulillah pada minggu yang ke 8 ini saya dan rakan-rakan diberi tugasan untuk membuat soalan survey berdasarkan tajuk yang diberi. Saya dan rakan sekumpulan diberi tajuk ICT dan juga Kemahiran Berfikir dalam ICT.




Berdasarkan video yang diberi Dr Fariza pada minggu lepas serta dibimbing oleh Dr Siti Fatimah, alhamdulliah saya dan rakan-rakan sudah selesai melakukan soalan survey.




Pada mulanya saya dan rakan sekumpulan melakukan sedikit kesilapan dalam soalan survey kami, tetapi selepas diberi tunjuk ajar oleh Dr Siti Fatimah, kami telah menukar dan membuat pembetulan tentang soalan survey kami. 




Sekian, Terima kasih


0 Comments
 

Minggu ke 7

12/15/2014

0 Comments

 
Cara Pembinaan Soalan Soal Selidik




Assalamualaikum Dr Siti Fatimah




Pada minggu ke 7 ini Dr Siti Fatimah tidak dapat hadir ke kelas atas sebab-sebab tertentu. Tetapi pada minggu ini Dr Fariza ada memuat naik video cara-cara untuk membuat soalan soal selidik.


Apabila saya melihat video yang diberi oleh Dr Fariza, baru saya tahu bahawa cara untuk melakukan soalan soal selidik ini sangat mudah dan tambahan lagi kita boleh melakukannya mengunakan Google Drive Form. Melalui Google Drive Form kita dapat kongsikan soalan-soalan soal selidik itu bersama-sama dengan rakan. Alhamdulillah setiap minggu saya mempelajari sesuatu yang baru dengan menggunakan teknologi pada zaman sekarang. 




Sekian, Terima kasih  
0 Comments
 

minggu ke 6

12/15/2014

0 Comments

 
Cuti Deepavali




Assalamualaikum Dr Siti Fatimah. Alhamdulillah pada minggu yang ke- 6 ini adalah minggu perayaan cuti Deepavali dan juga cuti pertengahan tahun semester.


Pada minggu ini saya dan rakan-rakan diberi ole-ole oleh Dr Fariza. Alhamdulillah walaupun ole-ole daripada Dr Fariza ini agak sukar tetapi saya dapat selesaikannya dan menghantarnya sebelum tarikh yang ditetapkan.




Sekian,Terima kasih




0 Comments
 

minggu ke 5

12/15/2014

0 Comments

 
TAJUK TUGASAN




Assalamualaikum Dr Siti Fatimah. Alhamdulillah minggu ke 5 ini saya dan rakan-rakan diberi tajuk berkenaan tentang komputer. Contohnya:




  • Kemahiran Abad Ke 21 
  • Pembelajaran tentang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
  • Kemahiran Berfikir dalam ICT
  • Keselamatan Internet dan Komputer
  • Web 2.0 dalam Pendidikan
  • e-learning dan mobile learning





Saya dan rakan sekumpulan saya iaitu Nur Musfirah Binti Ilham Armalis dan Mohammad Asyraaf bin Rosli diberi tajuk PEMBELAJARAN TENTANG TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI   
0 Comments
 

Minggu ke 4

12/15/2014

0 Comments

 
PANDANGAN TERHADAP GOOGLE PRESENTATION 




Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Dr Siti Fatimah dan rakan-rakan yang lain. Alhamdulillah saya rasa sangat bersyukur kerana setiap hari saya diberi kesempatan untuk belajar sesuatu yang baru.




Pada pandangan saya, Google Presentation adalah satu aplikasi yang diperlukan oleh setiap pelajar. Seperti yzng kita tahu, Google Presentation ini hampir sama seperti Microsoft Office Words di mana iaadalah tempat kita membuat kerja-kerja menulis di dalam komputer dan juga untuk pembentangan. 




Selain daripada itu, Google Presentation ini sangat bagus kerana kita dapat berkongsi sesama rakan hasil kerja yang kita lakukan. Ia akan menjimatkan  masa dan juga kos pembelanjaan kita. Di samping itu juga, ia memudahkan pelajar dengan rakan yang tidak dapat hadir kelas atas sebab sakit ataupun sukan. Google presentation ini adalah satu aplikasi yang perlu diberitahu pada setiap pelajar. 




Sekian, Terima kasih




 
0 Comments
 

Minggu ke 3

12/15/2014

0 Comments

 
LMS & CMS


Assalamualaikum Dr Siti Fatimah. Alhamdulillah, minggu ke-3 ini saya saya mempelajari sesuatu yang baru iaitu Learning Management System (LMS) dan Course Management System (CMS). 


Berkenaan kefahaman saya tentang LMS ini adalah ia salah satu aplikasi yang digunakan untuk pentadbiran, dokumentasi, pengesanan, laporan dan penyampaian kursus pendidikan e-pembelajaran atau program latihan. Selain daripada itu, ia juga untuk mengelola daftar program pembelajaran, jadual siswa, follw up kegiatan pembelajaran, merakap data profil untuk pembelajaran, menyimpan dan memproses data program pembelajaran siswazah. 


Bagi CMS pula adalah sebuah program yang digunakan untuk membuat atau memodifikasikan kerangka konten suatu laman web. Selain dari itu, ia juga menjaga traking semua konten sehingga boleh mengetahui siapa mengubah dan bila. Selain daripada itu, ia juga memastikan pengguna mempunyai privasi yang sesuai dengan haknya.


Pada pendapat saya LMS dan CMS ini perlu diketahui oleh semua pelajar kerana ia sangat mudah untuk digunakan dan menjimatkan masa pelajar dan pensyarah. 


Sekian, Terima kasih. 



0 Comments
 

minggu ke 2

12/8/2014

0 Comments

 
Assalamualaikum Dr Siti Fatimah. Saya Muhammad Idril Mukreez Bin Mohd Azizee (A152039) dari Fakulti Pendidikan (Sukan dan Rekreasi). Komputer dalam pendidikan ini adalah salah satu matapelajaran yang sangat bagus. Bagi saya ianya agak mudah kerana saya mempunyai pengalaman menggunakan komputer semasa di sekolah rendah menengah. Bagaimanapun saya bukanlah seorang yang hebat dalam bidang IT seperti Dr Fariza dan Dr Siti Fatimah. Alhamdulillah walaupun saya bermula sedikit lewat daripada yang lain saya bersyukur kerana dapat mempelajari pelbagai benda dalam masa satu hari. 




Pada mulanya Dr Siti Fatimah meminta kami semua membuka satu akaun Gmail. Alhamdulillah saya sudah mempunyai akaun Gmail dan ini memudahkan kerja saya. Kemudian, Dr Siti Fatimah mengajar kami cara menggunakan Google Drive. Pada mulanya saya berasa sedikit kekok kerana saya tidak pernah mengunakannya. Selepas dibantu oleh Dr Siti Fatimah, perkara yang ingin dilakukan menjadi lebih mudah.




Selqin daripada itu, pengalaman saya melakukan laman web Weebly ini tidak seperti yang saya jangkakan. Ianya agak mudah untuk dilakukan. Pada mulanya saya sedikit keliru kerana Weebly mempunyai dua laman web iaitu laman web biasa dan laman web untuk pelajar. Jadi saya mula melakukan laman web Weebly di laman web yang biasa. Ketika memasuki kelas Dr Fatimah, baru saya tahu bahawa saya perlu memasuki laman web bagi pelajar. 




Tetapi Dr Siti Fatimah membantu saya dengan memasukkan nama saya dalam senarai pelajar yang sudah mempunyai laman web Weebly dan memberi saya 'username' dan juga 'password' untuk laman web pelajar. Dari situ saya saya perlu ke laman web Weebly Komputer dalam Pendidikan untuk menghantar 'link' Weebly saya. Selepas menghantar 'link' Weebly, saya mula mengubah gambar latar belakang dan sebagainya. Begitulah sedikit sebanyak pengalaman saya mlakukan laman web Weebly ini.  
0 Comments
 

    Author

    Write something about yourself. No need to be fancy, just an overview.

    Archives

    December 2014

    Categories

    All

    RSS Feed


Powered by Create your own unique website with customizable templates.